Tarikh : 17 Ogos 2016
Masa : 7.30 pagi
SKK SKRR merupakan salah sebuah sekolah daripada 8 buah sekolah di WP Labuan yang menjadi rintis terhadap program Highly Emmersive Programme (HIP). Guru besar Pn. Norinnie binti Kassim merakamkan ucapan terima kasih di atas komitmen yang sangat tinggi yang ditunjukkan oleh Penyelaras HIP SKK SKRR Pn. Hamidah Abdullah sehingga berjaya menggerakkan semua AJK untuk menjayakan program ini. Lawatan bimbingan tersebut yang dijadualkan bermula jam 7.30 pagi dihadiri oleh pihak altec Cik Tam Suet Yit dan Pn. Amiah selaku ELO WP Labuan. Mereka berasa sangat teruja dengan aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bagi memberi kefahaman tentang HIP dan kerjasama semua guru bukan sahaja guru Bahasa Inggeris. Semoga kerjasama antara guru ini berterusan untuk menjayakan apa jua program di masa-masa akan datang.
No comments:
Post a Comment