Sambutan Ambang Merdeka Bulan Kebangsaan 2016 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini bermula pada jam 7.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka Sekolah. Kesemua murid SKK SKRR daripada Program Pendidikan Khas Integrasi, Prasekolah, Tahun 1 hingga 6 menyertai sambutan kali ini. Semoga Program yang sarat dengan semangat patriotisme ini akan dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah akan rentetan sejarah untuk mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu dan seharusnya murid-murid sebagai generasi baru yang mewarisi kemerdekaan ini akan terus mengekalkan kemerdekaan ini daripada penjajahan luar dan dalam. Pada tahun ini program ini di bawah aktiviti Hal Ehwal Murid dan dibarisi penyelaras baru yang terdiri daripada guru-guru baharu iaitu Pn. Muhaini Muhing, Pn. Prescilla Win dan Pn. Bibi Afzan. Terima kasih di atas segala-gala persediaan yang hebat untuk sambutan hari ini.
Bacaan doa |
Meyampaikan perutusan |
Laungan "Merdeka" |
Kibaran Jalur Gemilang |
No comments:
Post a Comment