01 September 2016 (Khamis)- seluruh calon UPSR berasa teruja dan berbesar hati dengan kehadiran Tuan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Labuan En. Raisin bin Saipin beserta Ketua-ketua Unit. Kehadiran Tuan Pengarah berserta rombongan membawa makna yang cukup besar bagi memberi satu motivasi tanda sokongan dan galakan bahawa segala perancangan guru-guru bagi pemantapan akademik bagi memperolehi keputusan yang bukan sahaja lulus tapi cemerlang.
Rombongan Tuan Pengarah ini merupakan satu program Permata Kasih Pengarah buat semua calon UPSR 2016 di Wilayah Persekutuan Labuan.
No comments:
Post a Comment