19 September 2016 - SKK SKRR telah menerima kunjungan daripada SK Guakon Baru (Sekolah Kluster Kecemerlangan), Tuaran Sabah. Kunjungan ini merupakan program jaringan antara sekolah-sekolah kluster dan juga sebagai penandaarasan memandangkan SKK SKRR mempunyai persamaan di dalam Kebitaraan Kokurikulum iaitu Kebudayaan : Tarian. Rombongan SK Guakon Baru seramai 25 orang yang terdiri daripada 9 orang guru termasuk Guru Besar En. Peter Ringgingon dan semua penolong kanan, 2 wakil PIBG serta 14 orang murid.
Rombongan ini tiba pada jam 12.00 tengahari dan di alu-alukan dengan persembahan syair oleh adik Mohd Azizi yang merupakan Johan Syair dalam Karnival Bahasa dan Kebudayaan peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di negeri Sabah. kemudian, rombongan guru-guru serta wakil PIBG dibawa ke Bilik Gerakan untuk sesi perkongsian pengurusan kebitaraan sekolah khususnya kebitaraan kokurikulum (Kebudayaan : Tarian). Sementara murid-murid pula dibawa ke Bilik Tarian dan Makmal Bahasa untuk mengikuti aktiviti yang telah dirancang khusus.
Rombongan SK Guakon Baru (SKK), Tuaran Sabah tiba di SK Rancha-Rancha (SKK) |
Pn, Norinnie Binti Kassim (Guru Besar) menyambut mesra rombongan ini |
di antara dua Guru Besar |
Persembahan Syair sebagai tanda simbolik alu-aluan |
Sedikit penerangan tentang persembahan syair |
Nyanyian lagu negaraku |
Ucapan Alu-aluan Pn. Norinnie Binti Kassim (Guru Besar) seterusnya sesi kolaborasi pengurusan kebitaraan |
Ucapan balas daripada En. Peter Ringgingon, Guru Besar SK Guakon Baru (SKK) |
Menandatangani Sijil Jaringan |
kita bingkaikan untuk dibawa pulang |
Gambar hasil sesi fotografi setibanya rombongan ini terus dibingkaikan untuk dijadikan cenderahati |
Penyampaian cenderahati daripada SK Rancha-Rancha (SKK) kepada SK Guakon Baru (SKK) |
Penyampaian cenderahati daripada SK Guakon Baru (SKK) kepada SK Rancha-Rancha (SKK) |
Bergambar kenangan bersama YDP daripada kedua-dua sekolah |
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment