LABUAN,
Sabtu 29 Jun 2019- Sekolah Kluster
Kecemerlangan (SKK) SK Rancha-Rancha (SKRR) telah mengadakan Sambutan Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Raya Peringkat Sekolah dengan kerjasama
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Majlis sambutan ini disertai oleh semua
guru dan kakitangan SK Rancha-Rancha, murid-murid dan turut dimeriahkan lagi
dengan kehadiran para ibu bapa dan jemputan.
Majlis ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir
pada jam 11.00 pagi. Semua warga SK Rancha-Rancha dan pengunjung kelihatan
sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai
juadah yang disediakan oleh pihak sekolah dan sumbangan daripada ibubapa untuk
dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan.
Guru
Besar, Norinnie binti Kassim berkata sokongan ibu bapa yang menyumbangkan
pelbagai jenis juadah adalah satu kerjasama yang mantap dan sangat dihargai
dalam menjayakan program sambutan ini.
Turut
hadir, Yang Dipertua sekolah, Dr. Mohamad Hamim bin Mohamad Hanifah dan Pegawai
Polis Perhubungan Sekolah, Sjn Hafizudin Augustine Abdullah.
Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari
aktiviti yang disyorkan di dalam Program RIMUP yang diadakan di sekolah
yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah
khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi
menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan
di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi
penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.
Majlis di akhiri dengan penyampaian hadiah Anugerah Glamour
Raya dan bergambar beramai-ramai.
No comments:
Post a Comment