LABUAN, Jumaat – Sekolah Kluster Kecemerlangan
(SKK) SK Rancha-Rancha muncul johan Pertandingan Kompang Selawat Peringkat
Negeri W.P Labuan telah diadakan pada 28 Jun 2019 bertempat di SK Sg Lada
sempena Festival Nasyid & Kompang Selawat peringkat negeri hari ini.
Kumpulan kompang, Iman Kidz yang
dianggotai oleh 12 orang murid di bawah bimbingan Ustazah Maziah binti Moen dan
Ustaz Muhd Nor Azwan bin Yunus juga memenangi anugerah persembahan terbaik.
Lagu Solawatullah dan Berzikir Mengingati Allah berjaya mendapat anugerah lagu
terbaik merupakan lagu ciptaan Ustazah Maziah binti Moen.
Dengan
kejayaan itu, SKK SK Rancha-Rancha membawa pulang piala dan sijil pertandingan
dan akan mewakili W.P Labuan ke peringkat kebangsaan di negeri Perak pada bulan
Julai ini.
Penutupan
dan majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri W.P Labuan, Ustaz Syahir bin Mohd Yusof.
No comments:
Post a Comment