Saturday, January 30, 2016

GOTONG-ROYONG PERDANA

Tarikh : 30 Januari 2016
Masa   : 7.30 pagi


 

Terima kasih atas komitmen semua guru, AKP dan juga para ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk menjayakan aktiviti ini.

KURSUS KEPIMPINAN 2016


Pada 29-30 Januari 2016 SKRR (SKK) telah mengadakan Kursus Kepimpinan 2016. Kursus Kepimpinan ini adalah untuk Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas serta Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kursus yang memakan masa dua hari ini adalah melatih, memberi kefahaman serta pendedahan kepada pemimpin kecil ini untuk mengawal rakan sebaya. 

Antara intipati kursus ini adalah:
(i)  Tugas dan peranan sebagai pemimpin kecil (Pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas serta pembimbing rakan sebaya)
(ii)  Memahami, mendalami serta mendisiplinkan diri dengan peraturan-peraturan sekolah.
(iii) Menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Gambar Sepanjang Program Berlangsung:-