Monday, August 29, 2016

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2016

 
Sambutan Ambang Merdeka Bulan Kebangsaan 2016 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini bermula pada jam 7.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka Sekolah. Kesemua murid SKK SKRR daripada Program Pendidikan Khas Integrasi, Prasekolah, Tahun 1 hingga 6 menyertai sambutan kali ini. Semoga Program yang sarat dengan semangat patriotisme ini akan dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah akan rentetan sejarah untuk mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu dan seharusnya murid-murid sebagai generasi baru yang mewarisi kemerdekaan ini akan terus mengekalkan kemerdekaan ini daripada penjajahan luar dan dalam. Pada tahun ini program ini di bawah aktiviti Hal Ehwal Murid dan dibarisi penyelaras baru yang terdiri daripada guru-guru baharu iaitu Pn. Muhaini Muhing, Pn. Prescilla Win dan Pn. Bibi Afzan. Terima kasih di atas segala-gala persediaan yang hebat untuk sambutan hari ini.
Bacaan doa
Meyampaikan perutusan
Laungan "Merdeka"
Kibaran Jalur Gemilang

Tuesday, August 23, 2016

PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA / PENJAGA MURID BERKEPERLUAN KHAS



Tarikh : 23 Ogos 2016 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SKK SK Rancha-Rancha, WP Labuan
Penyelaras Program: Pn. Farhah Nadiah Mohamad Nabil

Monday, August 22, 2016

Sunday, August 21, 2016

BENGKEL DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK

Tarikh : 22 Ogos 2016
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Dewan SK Pekan Satu, WP Labuan
Penceramah : Hj. Zulkifli Bin Hj. Mahfudz




PELAPORAN eHADIR JULAI 2016

Perhimpunan Bulanan Guru Besar kali ini Puan Guru Besar telah menerima Sijil Penghargaan bagi prestasi pelaporan eHadir 100% Sebelum Jam 9.00 Pagi bagi Bulan Julai 2016. Tahniah dan Terima kasih atas komitmen Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Rositah Binti Abdul Rahman dan semua warga SKK SK RR di atas kejayaan ini.


Thursday, August 18, 2016

SEKOLAH DALAM AKHBAR - PERTANDINGAN BERCERITA

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 & 2, Peringkat Negeri WP Labuan

Lawatan Bimbingan Highly Immersive Program Fasa 2

Tarikh : 17 Ogos 2016
Masa : 7.30 pagi

SKK SKRR merupakan salah sebuah sekolah daripada 8 buah sekolah di WP Labuan yang menjadi rintis terhadap program Highly Emmersive Programme (HIP). Guru besar Pn. Norinnie binti Kassim merakamkan ucapan terima kasih di atas komitmen yang sangat tinggi yang ditunjukkan oleh Penyelaras HIP SKK SKRR Pn. Hamidah Abdullah sehingga berjaya menggerakkan semua AJK untuk menjayakan program ini. Lawatan bimbingan tersebut yang dijadualkan bermula jam 7.30 pagi dihadiri oleh pihak altec Cik Tam Suet Yit dan Pn. Amiah selaku ELO WP Labuan. Mereka berasa sangat teruja dengan aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bagi memberi kefahaman tentang HIP dan kerjasama semua guru bukan sahaja guru Bahasa Inggeris. Semoga kerjasama antara guru ini berterusan untuk menjayakan apa jua program di masa-masa akan datang.

Monday, August 15, 2016

Saturday, August 13, 2016

KARNIVAL BAHASA DAN KEBUDAYAAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Nama Aktiviti : Karnival Bahasa dan Kebudayaan Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan
Peringkat : Kebangsaan
Tarikh : 12 - 13 Ogos 2016
Anjuran : SKK SK St Agnes, SKK SK Mutiara dan SKK Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

Pertandingan yang disertai dan Pencapaian:
1.  Pertandingan Pantun - Johan
                                       - Pemantun Terbaik

2. Pertandingan Syair  - Johan

3. Pertandingan Bercerita - Saguhati

4. Pertandingan Tarian Kategori Rampaian dan Kreasi - Saguhati

Tahniah atas komitmen dan kejayaan semua yang terlibat. SKK SKRR Hebat!!!

  
  Adik Mohd Azizi (Johan Syair) bersama Jurulatih Pn. Norliah Gapar

                               Mohd Azizi menerima Hadiah       Hana Maisara (Saguhati Bercerita)
 
Pasukan Pantun - Johan

Pemantun Terbaik : Adik Nurul Anisah Jamain

Pasukan Tarian Gemersik Tari : Saguhati

Saturday, August 6, 2016

IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG

Nama Program : Motivasi Tahun 6 "Ibu Bapa Hebat, Anak Cemerlang"
Nama Penceramah : Cr. Tn Hj Mohd Makhtar Imam Mohd Nor
Tarikh    : 06 Ogos 2016
Tempat  : Dewan Kuliah ILP WP Labuan.
Peserta : Ibu bapa dan murid tahun 6
Penyelaras Program : Pn. Ngaidah Said
Aktiviti : Kebitaraan Bahasa Melayu (Akademik).
    
 
 
 

SKK SKRR Hebat!!!