Saturday, September 24, 2016

KEM BESTARI SOLAT 2016

Panitia Pendidikan Islam telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahap 1. Seramai 105 orang murid telah mengikuti kem ini. AJK Pelaksana pula adalah terdiri daripada semua guru.

 Pendaftaran Peserta Kem Bestari Solat




 Slot : Niat Solat & Al fatihah oleh Ustaz Zulkornain Ahmad

Slot : Perlakuan Solat oleh Ustazah Asfahani Ayop
 Slot : Perlakuan solat oleh Ustazah Maziah Moen

Slot : Amali solat oleh Cikgu Nurita Juslin dan Cikgu Nurul Afni Astriani Lim

 Slot : Amali Wuduk oleh Cikgu Adizah Mat Zakir

 
Slot : Amali solat oleh Cikgu Rosnie Jaludin

 Slot : Niat Solat, Al fatihah oleh Ustaz Mohd Nur Azwan Yunus

 Slot : Amali Solat oleh Pn. Faridah Hanum Mohamad
 
Slot : Perlakuan Solat oleh Cikgu Nurul Amin Ab Rashid

Slot : Perlakuan Solat oleh Ustazah Linah Sarabani

  Bergambar kenangan bersama peserta tahun 1

 Bergambar kenangan bersama peserta tahun 2

Bergambar kenangan bersama peserta tahun 3

 AJK Jamuan

Wednesday, September 21, 2016

LAWATAN PENANDAARASAN SURAU

Rombongan SK Membidai, WP Labuan sebagai satu lawatan penandaarasan surau sekolah.  Rombongan ini di Ketua Oleh Guru Besar, Ustaz Farihi, Penolong Kanan Pentadbiran dan juga guru-guru pendidikan islam. Semoga lawatan ini mengeratkan lagi hubungan dan jaringan perkongsian di antara kedua-dua buah sekolah.




Monday, September 19, 2016

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN BERCERITA DAN PERMAINAN BAHASA PERINGKAT kEBANGSAAN


Sukacita dimaklumkan bahawa SK Rancha-Rancha (Sekolah Kluster Kecemerlangan) akan menganjurkan aktiviti seperti berikut:

Nama Program : Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu (Tahap 1 & 2) dan Permainan  Bahasa
Tarikh : 01 Oktober 2016 (Sabtu)
Tempat : Bilik Rafflesia, WP Labuan
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua Sekolah Kluster Kecemerlangan seluruh Malaysia. Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk pertandingan ini.

1. Surat jemputan
2. Borang Penyertaan
3. Tentatif Program
4. Kertas Konsep Pertandingan Bercerita
5. Kertas Konsep Permainan Bahasa

Terima kasih kerana menjayakan penganjuran yang bakal kami adakan. 
"Kalau bukan kitani siapa lagi"

PROGRAM JARINGAN PENANDAARASAN ANTARA SEKOLAH KLUSTER


19 September 2016 - SKK SKRR telah menerima kunjungan daripada SK Guakon Baru (Sekolah Kluster Kecemerlangan), Tuaran Sabah. Kunjungan ini merupakan program jaringan antara sekolah-sekolah kluster dan juga sebagai penandaarasan memandangkan SKK SKRR mempunyai persamaan di dalam Kebitaraan Kokurikulum iaitu Kebudayaan : Tarian. Rombongan SK Guakon Baru seramai 25 orang yang terdiri daripada 9 orang guru termasuk Guru Besar En. Peter Ringgingon dan semua penolong kanan, 2 wakil PIBG serta 14 orang murid.

Rombongan ini tiba pada jam 12.00 tengahari dan di alu-alukan dengan persembahan syair oleh adik Mohd Azizi yang merupakan Johan Syair dalam Karnival Bahasa dan Kebudayaan peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di negeri Sabah. kemudian, rombongan guru-guru serta wakil PIBG dibawa ke Bilik Gerakan untuk sesi perkongsian pengurusan kebitaraan sekolah khususnya kebitaraan kokurikulum (Kebudayaan : Tarian). Sementara murid-murid pula dibawa ke Bilik Tarian dan Makmal Bahasa untuk mengikuti aktiviti yang telah dirancang khusus.


Rombongan SK Guakon Baru (SKK), Tuaran Sabah tiba di SK Rancha-Rancha (SKK)
Pn, Norinnie Binti Kassim (Guru Besar) menyambut mesra rombongan ini
di antara dua Guru Besar
Persembahan Syair sebagai tanda simbolik alu-aluan
Sedikit penerangan tentang persembahan syair
Nyanyian lagu negaraku
Ucapan Alu-aluan Pn. Norinnie Binti Kassim (Guru Besar) seterusnya sesi kolaborasi pengurusan kebitaraan
Ucapan balas daripada En. Peter Ringgingon, Guru Besar SK Guakon Baru (SKK)
Menandatangani Sijil Jaringan
kita bingkaikan untuk dibawa pulang
Gambar hasil sesi fotografi setibanya rombongan ini terus dibingkaikan untuk dijadikan cenderahati
Penyampaian cenderahati daripada SK Rancha-Rancha (SKK) kepada SK Guakon Baru (SKK)
Penyampaian cenderahati daripada SK Guakon Baru (SKK) kepada SK Rancha-Rancha (SKK)
Bergambar kenangan bersama YDP daripada kedua-dua sekolah
SKK SKRR amat berbesar hati dengan kunjungan daripada SK Guakon Baru ini. Semoga jaringan ini akan berterusan dan masing-masing mendapat impak bagi memantapkan lagi kebitaraan tarian.

Terima Kasih

Thursday, September 1, 2016

Program PERMATA KASIH PENGARAH BERSAMA CALON2 UPSR 2016

01 September 2016 (Khamis)- seluruh calon UPSR berasa teruja dan berbesar hati dengan kehadiran Tuan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Labuan En. Raisin bin Saipin beserta Ketua-ketua Unit. Kehadiran Tuan Pengarah berserta rombongan membawa makna yang cukup besar bagi memberi satu motivasi tanda sokongan dan galakan bahawa segala perancangan guru-guru bagi pemantapan akademik bagi memperolehi keputusan yang bukan sahaja lulus tapi cemerlang.

Rombongan Tuan Pengarah ini merupakan satu program Permata Kasih Pengarah buat semua calon UPSR 2016 di Wilayah Persekutuan Labuan.