Saturday, June 29, 2019






LABUAN, Sabtu 29 Jun 2019- Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) SK Rancha-Rancha (SKRR) telah mengadakan Sambutan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Raya Peringkat Sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Rancha-Rancha, murid-murid dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para ibu bapa dan jemputan.

Majlis ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Semua warga SK Rancha-Rancha dan pengunjung kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah yang disediakan oleh pihak sekolah dan sumbangan daripada ibubapa untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan.

Guru Besar, Norinnie binti Kassim berkata sokongan ibu bapa yang menyumbangkan pelbagai jenis juadah adalah satu kerjasama yang mantap dan sangat dihargai dalam menjayakan program sambutan ini.

Turut hadir, Yang Dipertua sekolah, Dr. Mohamad Hamim bin Mohamad Hanifah dan Pegawai Polis Perhubungan Sekolah, Sjn Hafizudin Augustine Abdullah.

Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di dalam Program RIMUP yang diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.

Majlis di akhiri dengan penyampaian hadiah Anugerah Glamour Raya dan bergambar beramai-ramai.






No comments:

Post a Comment